Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan berkualiti untuk meningkatkan produktiviti dan imej bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan melalui perbudayaan EKSA.
Misi
Menyemai budaya kreativiti, inovasi di kalangan warga MDKpr melalui pelaksanaan strategi dan perbelanjaan berhemah untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja kondusif dengan memberi perkhidmatan kepada pelanggan.
Objektif
Tiga (3) objektif pelaksanaan EKSA MDKpr;
Menambahbaik persekitaran tempat kerja bagi meningkatkan kualiti kerja dan produktiviti semua warga kerja MDKpr.
Mengurangkan pembaziran sumber, ruang, masa, kos dan tenaga.
Menambahbaik imej korporat dengan meningkatkan semangat berpasukan bagi mencapai visi dan misi EKSA MDKpr.