Skip to main content

Penjenamaan EKSA

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah digunakan dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

  • Imej Korporat;
  • Kreativiti dan Inovasi;

  • Amalan Hijau;
  • Persekitaran Kondusif;
  • Kepelbagaian Agensi.